Pages

Tuesday, June 18, 2013

JATUH~~ cont

Entri sebelum ni aku pernah coretkan betapa aku telah jatuh,
jatuh cinta,
tapi kisah aku tak lah seindah yang lain-lain.
aku mencoretkan kisah aku kerana aku mahu semua tahu cinta aku meski tidak kesampaian,
namun perasaan itu tidak pernah longgar hingga kini.


Aku bertemu dengan cintaku tanpa aku sedari,
bermula perkenalan dengan suasana yang cukup aku benci,
aku rasakan pertemuan aku pertama kali dengannya seolah dia saja nak cari pasal.
dalam kelas ada sahaja persoalan nak ditujukan pada aku,
macam sengaja mahu memalukan aku di depan semua,
ye la, aku sedar aku bukan lah insan yang bijak,
duduk dalam kelas pun,
tu haa...tempat budak nakal, belakang sekali,
masuk kelas tak mahu buka buku, siap makan jambu lagi.

Pertemuan demi pertemuan,
aku secara tidak merancang terlibat dalam program dalam persatuan bersamanya,
itulah orang kata tak kenal maka tak cinta,
aku mula menghormatinya sebagai yang lebih tua,
sebagai mentor, bila dah rapat,
aku mula terasa perasaan debar dalam diri,
namun aku kuncikan semua perasaan jauh dalam hati,
takut ada kawan-kawan yang tersedar,
malulah aku, aku sedar aku siapa, dia siapa.
lama-kelamaan perasaan aku itu hilang kemana,
mungkin aku sudah biasa mengabaikan perasaan dalam diri sehingga
aku sudah tidak kenal degup jantung sendiri.

Namun satu hari, ada kawan-kawan yang dapat menghidu bau perasaan indah itu,
tapi bukan lah dari sikap ku, cuma mereka sangsi dengan sikap dan layananya padaku,
tika itu, aku cuma memikirkan...ahhh tidak mungkin lah, dia sukakan aku.
sehinggalah ia membawa kepada satu hari dimana aku sibuk dengan ujian penting,
lalu nak tak nak, aku terpaksa lari dari mesyuarat persatuan atas alasan aku kurang sihat,
walhal aku cuma ke perpustakaan ingin menelaah sedikit pelajaran.

Setibanya sahabat aku yang terlibat dalam mesyuarat itu pulang, ade suara-suara yang mengkhabarkan padaku, yang dia mencari aku, pada aku itu bukan lah satu masalah yang besar, kerana mungkin banyak maklumat kertas kerja, flow project kebanyakkannya banyak dalam simpanan ku. Kemudian aku dan kawan2 melangkah ke café untuk menikmati minum pagi, ketika aku agak rancak berbual, tiba-tiba telefon aku berbunyi dan tertera sms dari si dia bertanyakan perkhabaran aku, sihat atau tidak? aku terdiam dan membiarkan sms itu tidak berbalas dengan harapan dia faham aku tidak berminat untuk berhubung, bukan apa aku tidak mahu perasaan aku semakin melayang-layang nanti.

Sangkaan aku meleset, dia tidak berputus asa, malah menelefon aku, dan kawan-kawan di meja makan ada yang perasaan nama si dia yang tertera, nak tak nak aku angkat juga. Dia bertanya akan kesihatan aku, aku memaklumkan yang aku baik sahaja dan sekarang berada di perpustakaan untuk berehat, dan siapa sangka, dia pula bagitahu yang dia sudah pun berada di hadapan perpustakaan, menanti aku untuk berbincang hal projek persatuan kami, dan penting, aku pun meredah hujan dari café berlari....aku pun tak faham kenapa aku berlari, dan sampai di hadapan perpustakaan dia menyerahkan satu borang yang berkaitan dengan persatuan dan coklat?? ya coklat...kenapa ya, aku tidak mahu terlayang lagi perasaan aku cuma terima sebagai menghormatinya.

Aku melangkah ke dalam perpustakaan, kawan-kawan yang lain pun pulang dari café tidak lama selepas itu. aku tidak lepas dari suara nakal kawan-kawan ynag mengatakan bahawa dia sekadar mencari alasan untuk bertemu dengan aku, aku tidak mahu mereka salah faham, jadi aku tunjukkan borang persatuan yang diberikan pada aku. Tiba-tiba salah seorang kawan yang terlibat sama dalam projek persatuan itu mula mempersoal kenapa borang itu tidak diserahkan sahaja padanya sewaktu mensyuarat tadi kerana selayaknya borang ini diuruskan oleh nya. Jawapan aku pada tika itu mudah sahaja, mungkin si dia terlupa. Tapi kalau terlupa kenapa tidak hubungi kawan aku ini? emm...

Bila perasaan aku makin terpendam dan makin dalam, aku tidak sedar bahawa cinta yang aku pendam itu sebenarnya aku tanam terlalu dalam, dan akar cinta itu makin kuat. Aku pula tidak mahu dan tidak berani untuk meluahkan. Ada pernah satu ketika, di saat aku terlalu rindu kan dia, aku hanya mampu menaip kertas kerja yang pelbagai, dan aku mule menelaah buku dengan begitu maha hebat, untuk mengubat rindu, aku sibukkan diri untuk meleyan perasaan aku dan aku jadi entah kenapa makin tekun pula belajarnya. Sampailah satu ketika, aku masih ingat, malam itu sudah lewat, tiba-tiba telefon aku berdering..masyaAllah die call aku rupenya, aku angkat..senyap...sunyi...aku bagi salam, die menjawab...aku pun tanye la kenapa call?? die cakap pasal projek XXX ada pape ke dia perlu tolong? , aku terdiam, projek tu bakal berlangsung esok, baru malam ni tanye nak buat ape, malam ni tinggal nak pack baju sendiri je la, tidur and bangun pagi2 untuk bertolak pada waktunya. Selepas tu, dia diam lagi, aku tidak mahu memandai, tapi dari suaranya aku tahu dia seperti tiada arah tuju menghubungi aku, adakah dia merasakan yang sama seperti aku?? rindu??.. ahh tak mungkin, aku menafikan, dan aku tidak mahu terbuai, lantas aku bertindak mengakhiri perbualan malam itu.


Masa berlalu, aku keliru dengan tindak tandukya,. sampai lah ke satu hari pada cuti semester, aku menerima panggilan dari nya, membawa perkhabaran yang dia bakal melangsungkan perkahwinan, saat dia memberitahu aku, aku menerima dengan pasrah dan memikirkan yang dia bukan jodoh aku, aku berlagak tabah dan boley la dikatakan, inilah pengakhiran kisah aku. Ya, mungkin silap aku kerana tidak meluahkan perasaan aku, tapi masalahnya dia dah nak melangsungkan perkahwinan, jadi ini sudah menjadi bukti bahawa hubungan yang tercipta ini hanya satu imiginasi aku.


Aku berkongsi kisah aku, bukanlah untuk mengadu kerana hakikatnya aku tidak pernah menyesal pernah mencintai nya, cinta aku ini membawa aku naik tinggi menggapai cita-cita, buat aku kebal dan tidak pernah rasa putus asa. dia masih aku cinta, dia cinta aku yang pertama, tapi tidak semestinya dia yang terakhir, kerana pemilik cinta terakhir aku masih di luar sana, yela yang kat luar sana tu, mungkin dia mencari aku, atau mungkin dia sudah berputus harap mencari aku, ini lah kisah jatuh,
ye la jatuh cinta. tidaklah seindah suria, tapi cukuplah buat aku kuat berdiri hari ini meneruskan hidup.

ouh ya, dia masih lagi menghubungi aku, namun itulah yang aku cuba hindarkan. Bukan aku ingin memutuskan persahatan yang dibina, cuma biarlah bila aku bertemu cinta baru kelak, mungkin aku lebih berani berhadapan dengannya.

Aku menulis ini juga agar yang membaca boleh membina satu pandangan baru, bahawa cinta tidak memerlukan pergakhiran yang indah untuk buat kita bahagia dan gembira. Pengakhiran begini juga boleh buat kita kuat. So, jangan la risau.

1 comment: