Pages

Saturday, May 4, 2013

SURAT BUAT BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA

Terpanggil untuk menaip di saat merasakan Malaysia sudah tidak seperti waktu saya masih kecil..
rasa unsafe, tidak selamat, sana-sini bergaduh sesama sendiri...dan saya hanya mampu berdiam diri.
rasa debaran menjelang pilihanraya kerana rasa takut apa mungkin Malaysia akan seperti dulu..
atau mungkin lebih baik?? atau sebaliknya...

saya runsing, saya adalah pemerhati dan juga pemilih, saya bukan di pihak itu, bukan juga pihak yang ini....
saya membesar di bawah naungan pihak B, pada saya tiada masalah, saya berjaya mendapat segulung ijazah, hidup dalam keadaan baik bersama keluarga, cuma saya tiada lagi teman untuk menjadi imam buat saya (tapi tak kan lah itu saya nak salah pihak B kot kan??) walaupun tidak dapat dinafikan pemerintahan B tidak lepas dari kekurangan...

kadang-kadang saya rasa lucu dan indahnya perkataan 'membangkang'... kerana membangkang hari ini kita dapat menikmati pelbagai bantuan, kalo yang 'membangkang' tidak suarakan, mana mungkin pihak B hulurkan seberapa banyak bantuan. bukan?? . Atas sebab ini saya hujani ucapan terima kasih buat yang membangkang.

persoalan yang selalu bermain dalam fikiran saya adalah, sekiranya tidak berlaku sebarang perubahan dan pihak B kekal memrintah, adakah negara tercinta saya akan semakin mundur, dan rakyat pula tidak bahagia, makin tertindaskah? yang susah makin susah kan? graduan seperti saya makin meningkatkah kadar penganggurannya?

dan sekiranya nya pihak yang satu lagi menang...negara tercinta saya bakal terus membangun kah? rakyat secara keseluruhan bersedia untuk menerima perubahan kah? betul sudah bersedia? bantuan yang bakal dihulur makin diperhebatkah? negara tercinta ini menjadi makin amankah? dapat kah parti B duduk diam dan pasrah, apabila melihat usaha yang di bina sejak negara ini tertubuh di sambung secara bersahaja oleh pihak yang lagi satu ini?

saya tidak hebat dalam membawa hujah, tapi persoalan yang saya selalu lontarkan kalau benar kadua-dua belah pihak mahukan yang terbaik buat negara, apa perlunya berbalah?? kenapa tidak BERSATU SAHAJA?? saya pelik, saya sangsi dengan ketulusan hati kedua-dua belah pihak.

Lantas saya titip kan SURAT BUAT BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA, saya telah pun memilih,saya adalah pemilih menerusi kaedah pos. di saat saya menanda kertas undian saya, saya tetapkan dalam hati, sekiranya pilihan saya tepat,bawalah undian saya kepada yang HAK...tapi sekiranya pilihan saya salah, maka tidak perlulah sampai kan kertas undian saya, saya tidak mahu menjadi pesalah yang mengakibatkan negara musnah.

saya juga bukanlah penasihat hebat, tapi sebagai teman,rakan,anak,cucu,rakyat...
saya rasa bertanggungjawab untuk memaklumkan,
undilah dengan hikmah, niat kan dalam hati untuk keamanan, kestabilan,kejayaan..
dan pangkah dengan yakin.

BUAT BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA
sekiranya esok adalah kemenangan di pihak tuan,
saya harap tuan dapat membawa negara kita ke arah yang lebih baik,
saya tidak perlukan perubahan, cukup lah sekadar peningkatan tanpa penindasan.
saya rakyat biasa, saya tidak mengharapkan bantuan yang terus disuap masuk kedalam mulut,
tapi saya lebih suka tuan berikan saya mata kail untuk saya pancing ikan,
dari sudut pandang pinjaman pelajaran saya, saya berpuas hati, kerana ramai siswa siswi negara belajar bermati-matian demi mendapatkan biasiswa atau tajaan pelajaran secara percuma.
saya bukan bijak dalam agama, tapi sudah di tuntut siapa yang berusaha setinggi gunung, maka gunung lah dapatnya, kalau usaha sekelumit hama, maka hama lah dapatnya. tuan fahamkan maksud saya.
tuan tidak perlu menerima permintaan saya, sebab saya cuma rakyat biasa. baik buat semua, baiklah buat saya.