Pages

Wednesday, June 19, 2013

CARA PERBAIKI KELEMAHAN DIRI

Cara menghindarkan sikap buruk bukanlah satu tugasan mudah.
Macam saya, sikap buruk saya adalah suka sangat bercakap mengenai orang lain.
Saya sedar ini sikap buruk, tapi entah lah, kalo pada mata saya ni nampak yang tidak elok sahaja mengenai orang lain dan saya tak la cakap saya bagus sangat. ehe~

Well, saya rasa lebih baik saya mulakan entry saya dengan sikap buruk saya,

1. saya suka memasak, tapi saya tak suka rasa masakan saya, I mean mase masak tu, saya tak suka rasa, saya bajet cam power, main tabur je garam dan gula. Lepas dah hidang, nasib la rasa cam ne pun, pada saya, saya boleh saja nak telan, kalau ade orang complain saya masak kurang masin ke, lebih manis ke...biasenye ayat saya sama je 'kan tadi aku dah suruh ko rase, sekarang nak complain lak, makan je la'. Jadi kesimpulannya, bila saya masak, orang lain la yang kena rasa, sebab saya memang tak taw nak nilai rasa sesebuah masakan, pada saya janji lidah dan perut boleh tahan saya on jess..
So, kalau korang tengok cerekarama yang bini die masak tak sedap tu, lepas tu suami die makan sampai nak terjelir lidah tu, korang kena paham sebenarnya wujud ramai orang cam saya ni yang suke masak, tapi tak suka rasa, eyy..macam tag line lak, SUKE MASAK, TAPI TAK SUKA RASA kelasss...

2. Saya suka basahkan tangan, tapi tak suka lap dengan tisu or kain. Alasan saya mudah kalo tangan basah lap pakai tisu, nanti tisu tu melekat kt tangan, jadi saya rimas. Selain dari tu, saya suka tangan saya basah je dengan air, sebab sejuk sikit, dan lama-lama nanti kering jugakkan, so ape masalahnye?? Dan yang paling tak senonoh, saya suka basuh tangan tak lap kat kain tapi lap kat rambut. haaa bagi korang yang tak paham kenapa saya buat macam tu, sebab saya rimas la, kalo rambut kering anak rambut mudah jatuh ke dahi, so kalo rambut basah die akan stay je elok letak atas kepala, kalo takkk,,serabut hokayyy..

3. Saya suke buat assumption. Sebelum tu nak explain assumption ni kadang-kadang bagus untuk kite, tapi yang selalunye tak bagus, sebab boleh membantutkan tindakan, perasaan dan percakapan kite. contoh saya suke makan tempoyak, dan saya assume tak ramai orang suke makan tempoyak, jadi bile saya makan dengan kawan-kawan, saya jadi risau nak bagitahu yang saya teringin makan tempoyak dan takot digelakkan pulak sebab suke makan tempoyak, jadi finally saya xmakan tempoyak, dan bile kawan saya tanye saye suke makan tempoyak tak? saya akan jawab 'biase-biase aje'. dan saat yang merugikan bile kawan-kawan saya rupenye gile tempoyak dan memandangkan die orang pula sangka saya kurang berminat dengan tempoyak, maka die orang lenjan tempoyak tu sampai abes, grrrr, rugikan saya.

ok enuff dengan kekurangan saya.
saya bukan nak bukak rahsia diri, sekadar menaip untuk jujur pada diri, dan saya akan pastikan lepas saya taip ni, saya akan bace entry ni berulang-ulang kali, dan akan cuba perbaiki segala kelemahan saya.

ouh berbalik pada topik entry kali ni, inilah cara saya perbaiki kelemahan diri, taip sendiri kelemahan diri, dan baca hari-hari before masuk tidur, dan bangun pagi esok dengan azam untuk perbaiki diri, sekian -AD

Tuesday, June 18, 2013

JATUH~~ cont

Entri sebelum ni aku pernah coretkan betapa aku telah jatuh,
jatuh cinta,
tapi kisah aku tak lah seindah yang lain-lain.
aku mencoretkan kisah aku kerana aku mahu semua tahu cinta aku meski tidak kesampaian,
namun perasaan itu tidak pernah longgar hingga kini.


Aku bertemu dengan cintaku tanpa aku sedari,
bermula perkenalan dengan suasana yang cukup aku benci,
aku rasakan pertemuan aku pertama kali dengannya seolah dia saja nak cari pasal.
dalam kelas ada sahaja persoalan nak ditujukan pada aku,
macam sengaja mahu memalukan aku di depan semua,
ye la, aku sedar aku bukan lah insan yang bijak,
duduk dalam kelas pun,
tu haa...tempat budak nakal, belakang sekali,
masuk kelas tak mahu buka buku, siap makan jambu lagi.

Pertemuan demi pertemuan,
aku secara tidak merancang terlibat dalam program dalam persatuan bersamanya,
itulah orang kata tak kenal maka tak cinta,
aku mula menghormatinya sebagai yang lebih tua,
sebagai mentor, bila dah rapat,
aku mula terasa perasaan debar dalam diri,
namun aku kuncikan semua perasaan jauh dalam hati,
takut ada kawan-kawan yang tersedar,
malulah aku, aku sedar aku siapa, dia siapa.
lama-kelamaan perasaan aku itu hilang kemana,
mungkin aku sudah biasa mengabaikan perasaan dalam diri sehingga
aku sudah tidak kenal degup jantung sendiri.

Namun satu hari, ada kawan-kawan yang dapat menghidu bau perasaan indah itu,
tapi bukan lah dari sikap ku, cuma mereka sangsi dengan sikap dan layananya padaku,
tika itu, aku cuma memikirkan...ahhh tidak mungkin lah, dia sukakan aku.
sehinggalah ia membawa kepada satu hari dimana aku sibuk dengan ujian penting,
lalu nak tak nak, aku terpaksa lari dari mesyuarat persatuan atas alasan aku kurang sihat,
walhal aku cuma ke perpustakaan ingin menelaah sedikit pelajaran.

Setibanya sahabat aku yang terlibat dalam mesyuarat itu pulang, ade suara-suara yang mengkhabarkan padaku, yang dia mencari aku, pada aku itu bukan lah satu masalah yang besar, kerana mungkin banyak maklumat kertas kerja, flow project kebanyakkannya banyak dalam simpanan ku. Kemudian aku dan kawan2 melangkah ke café untuk menikmati minum pagi, ketika aku agak rancak berbual, tiba-tiba telefon aku berbunyi dan tertera sms dari si dia bertanyakan perkhabaran aku, sihat atau tidak? aku terdiam dan membiarkan sms itu tidak berbalas dengan harapan dia faham aku tidak berminat untuk berhubung, bukan apa aku tidak mahu perasaan aku semakin melayang-layang nanti.

Sangkaan aku meleset, dia tidak berputus asa, malah menelefon aku, dan kawan-kawan di meja makan ada yang perasaan nama si dia yang tertera, nak tak nak aku angkat juga. Dia bertanya akan kesihatan aku, aku memaklumkan yang aku baik sahaja dan sekarang berada di perpustakaan untuk berehat, dan siapa sangka, dia pula bagitahu yang dia sudah pun berada di hadapan perpustakaan, menanti aku untuk berbincang hal projek persatuan kami, dan penting, aku pun meredah hujan dari café berlari....aku pun tak faham kenapa aku berlari, dan sampai di hadapan perpustakaan dia menyerahkan satu borang yang berkaitan dengan persatuan dan coklat?? ya coklat...kenapa ya, aku tidak mahu terlayang lagi perasaan aku cuma terima sebagai menghormatinya.

Aku melangkah ke dalam perpustakaan, kawan-kawan yang lain pun pulang dari café tidak lama selepas itu. aku tidak lepas dari suara nakal kawan-kawan ynag mengatakan bahawa dia sekadar mencari alasan untuk bertemu dengan aku, aku tidak mahu mereka salah faham, jadi aku tunjukkan borang persatuan yang diberikan pada aku. Tiba-tiba salah seorang kawan yang terlibat sama dalam projek persatuan itu mula mempersoal kenapa borang itu tidak diserahkan sahaja padanya sewaktu mensyuarat tadi kerana selayaknya borang ini diuruskan oleh nya. Jawapan aku pada tika itu mudah sahaja, mungkin si dia terlupa. Tapi kalau terlupa kenapa tidak hubungi kawan aku ini? emm...

Bila perasaan aku makin terpendam dan makin dalam, aku tidak sedar bahawa cinta yang aku pendam itu sebenarnya aku tanam terlalu dalam, dan akar cinta itu makin kuat. Aku pula tidak mahu dan tidak berani untuk meluahkan. Ada pernah satu ketika, di saat aku terlalu rindu kan dia, aku hanya mampu menaip kertas kerja yang pelbagai, dan aku mule menelaah buku dengan begitu maha hebat, untuk mengubat rindu, aku sibukkan diri untuk meleyan perasaan aku dan aku jadi entah kenapa makin tekun pula belajarnya. Sampailah satu ketika, aku masih ingat, malam itu sudah lewat, tiba-tiba telefon aku berdering..masyaAllah die call aku rupenya, aku angkat..senyap...sunyi...aku bagi salam, die menjawab...aku pun tanye la kenapa call?? die cakap pasal projek XXX ada pape ke dia perlu tolong? , aku terdiam, projek tu bakal berlangsung esok, baru malam ni tanye nak buat ape, malam ni tinggal nak pack baju sendiri je la, tidur and bangun pagi2 untuk bertolak pada waktunya. Selepas tu, dia diam lagi, aku tidak mahu memandai, tapi dari suaranya aku tahu dia seperti tiada arah tuju menghubungi aku, adakah dia merasakan yang sama seperti aku?? rindu??.. ahh tak mungkin, aku menafikan, dan aku tidak mahu terbuai, lantas aku bertindak mengakhiri perbualan malam itu.


Masa berlalu, aku keliru dengan tindak tandukya,. sampai lah ke satu hari pada cuti semester, aku menerima panggilan dari nya, membawa perkhabaran yang dia bakal melangsungkan perkahwinan, saat dia memberitahu aku, aku menerima dengan pasrah dan memikirkan yang dia bukan jodoh aku, aku berlagak tabah dan boley la dikatakan, inilah pengakhiran kisah aku. Ya, mungkin silap aku kerana tidak meluahkan perasaan aku, tapi masalahnya dia dah nak melangsungkan perkahwinan, jadi ini sudah menjadi bukti bahawa hubungan yang tercipta ini hanya satu imiginasi aku.


Aku berkongsi kisah aku, bukanlah untuk mengadu kerana hakikatnya aku tidak pernah menyesal pernah mencintai nya, cinta aku ini membawa aku naik tinggi menggapai cita-cita, buat aku kebal dan tidak pernah rasa putus asa. dia masih aku cinta, dia cinta aku yang pertama, tapi tidak semestinya dia yang terakhir, kerana pemilik cinta terakhir aku masih di luar sana, yela yang kat luar sana tu, mungkin dia mencari aku, atau mungkin dia sudah berputus harap mencari aku, ini lah kisah jatuh,
ye la jatuh cinta. tidaklah seindah suria, tapi cukuplah buat aku kuat berdiri hari ini meneruskan hidup.

ouh ya, dia masih lagi menghubungi aku, namun itulah yang aku cuba hindarkan. Bukan aku ingin memutuskan persahatan yang dibina, cuma biarlah bila aku bertemu cinta baru kelak, mungkin aku lebih berani berhadapan dengannya.

Aku menulis ini juga agar yang membaca boleh membina satu pandangan baru, bahawa cinta tidak memerlukan pergakhiran yang indah untuk buat kita bahagia dan gembira. Pengakhiran begini juga boleh buat kita kuat. So, jangan la risau.

Monday, June 17, 2013

FSTEP Interview

FSTEP ialah satu program management training buat perintis dalam industri perbankan.
I managed to finished my study in Bachelor Business Admin (Hons) Majoring Islamic Banking, well kalo korang google FSTEP interview dalam blog lain mesti die orang semua akan taip pasal kejayaan die orang menempatkan diri dalam FSTEP ni.

Tapi kali ini aku berbeza la sikit, aku nak cerita pasal pengalaman aku interview dalam FSTEP.
Kalau nak dikirakan aku dah datang untuk 3 kali FSTEP interview.


Interview 1

Kali pertama aku pergi interview ni, memang short notice gile, bayangkan lah aku apply hari selasa petang, hari rabu aku dapat emel datang interview hari khamis. Nervous tahap cipan la time tu. Aku dapat interview dengan RHB Bank. Harapan aku memanglah tinggi, ak siap google lagi soalan interview dan bace semua blog yang menceritakan pasal FSTEP interview ni.

Tibalah hari aku pergi interview tu, aku tak tahu jalan sebenarnya, jadi aku pun hentam je la, tengok google map, turun kat LRT pasar seni,aku pun turun kat situ Nampak je bangunan takaful, aku men agak2 je jalan janji sampai kat situ.

Ok aku proceed je dengan step aku interview, step 1, aku masuk untuk English test. soalan die aku dapati memang la tak berape susah, tapi aku xjugak dapat full mark. klo korang dapat tinggi sangat nnti korang akan proceed dengan lagi satu test tambahan, kalo korang dapat sederhana cam aku,korang akan proceed ke essay test, and kalo korang dapat rendah, korang terpaksa melangkah pulang.

so disebabkan aku ni dapat sedang-sedang je, aku proceed je ke essay test which yang aku perasaan soalan die same je macam yang tertulis dalam blog2 yang aku bace, antara tajuk yang ade lebih kurang macam ni la:

1. what do you see yourself in five years.
2. tell about the book that you read recently
3.tell about your attitude towards insurance and banking

tajuk lain aku xingat la..ehe..korang kena la buat dalam 70 patah perkataan je, jadi dalam setengah muka surat je gitu..


lepas essay, aku pun masuk la bilik interview. semua sekali ade 3 orang panel satu dari FSTEP lagi 2 orang dari RHB. mule-mule semua panel perkenal kan diri mereka. Orang dari FSTEP tu comel je, bile panel tanye soalan and aku pulak cube eye contact dengan die, die akan bagi sign untuk aku lebih memberi focus kepada 2 panel dari bank tu la.

SOALAN 1: Tell Us About Yourself?

JAWAPAN: Well, firstly I would like to thank to all the panels today for giving me such a great opportunity to join into this programmed. my name is XXX, i'm 24 years old. recently I was successfully graduated in bachelor business admin (HONS) majoring Islamic banking. for my final semester I managed to going through an internship programmed at company XXX under department XXX. during the internship programed I learned some skill relating payroll system, taxation and the allowance system. Currently, I am working at XXX company as a contract staff which it will be ended of this month and which in know that will be no problem if I may join into the FSTEP program since it will be started on the 30th may.

SOALAN2: Since you been studied in Islamic banking, do you have any problem if you join into th conventional banking.

JAWAPAN: (serius aku tak prepared untuk soalan ni, sebab dalam blog lain kebanyakkan tanye pasal bank, tapi bile part aku ni lain pulak soalannye, so aku jawab je) well, for me personally, I had no problem at all. (ak stop jawab sampai sini je, tp panel tu cam nak tunggu lagi jawapan aku, aku pun mule la merepek..) For me, since the Islamic banking system was still green in Malaysia and if I may to quote on of the hadith form the prophet Muhammad  which explained that 'akan tiba satu waktu apabila sejauh mane kita hendak lari dari riba, debu-debu riba tu tetap kita akan rasai' that is all and thank you. (aku rase sebab jawapan aku ni la aku xdapat,cakap melayu lak tu, sebab aku macam nak cakap conventional system ni penuh dengan riba and orang interview aku ni mesti la terase kan??)


SOALAN: why you choose FSTEP?

JAWAPAN: I fall in love with the banking since in decided to give up with my accountancy, and it was my dream to join into the banking industry. But I found out there will be three way to join into this industry today. Firstly, if I managed to join the bank as the sales person, where I will find as much customer as I can and achieved the sales target towards the end the things I know about banking is only to achieve the sales target but banking was supposedly more than doing the sales. secondly, I can join the bank through the customer services, get to know about the product and find out the solution for the bank client and as the customer services it was a very tough job because they will be a front line of the bank, all the action taken, all the words came out will be reflected the entire system of the bank itself and I was not so prepared for that. And lastly, I may join to the banking industry through the management training like FSTEP, MAP and IGA that will provides the training and get me prepared to join into the real world of the banking industry, that is how I choose FSTEP.


FINAL RESULT : AKU GAGAL MASUK FTEP UNDER RHB BANK. (sedey je kan)


INTERVIEW 2

Diatas kegagalan aku didalam interview pertama, aku di panggil untuk interview ke dua untuk BANK ISLAM, tapi agak mengecewakan, sehari sebelum interview baru aku dapat call cakap BANK ISLAM tak nak candidate perempuan, die orang nak candidate lelaki je, sedih kan?? diskriminasi gender le teww...hahaha...tapi aku tak patah semangat, aku dipanggil balik untuk interview under MAYBANK. Kali ni aku skip tak payah amik English test and essay test sebab pernah amik dah. Aku pun masuk la interview tu kali ni ade dua orang je panel, satu dari FSTEP and satu lagi dari MAYBANK.

soalan die lebih kurang sama, tell me about yourself, tapi satu yang aku agak kurang senang panel ni cam suke tanye pasal family, so aku agak kurang selese la, sebab bukan ade rahsia pun, cume entahla, pada aku nak nilai aku cukup la sekadar penampilan aku dan study background aku, parent aku keje ape,pangkat ape...sume tu aku rase xperlu kot, tapi die panel bukan aku panel ye tak, suke ati die la nak tanye ape pun.


FINAL RESULT : AKU GAGAL LAGI NAK MASUK FSTEP


INTERVIEW 3

Kali ini interview aku gak berbeza, sebab biasanye yang call untuk interview FSTEP ialah orang FSTEP, tapi kali ni bank tu sendiri yang call aku, so aku agak excited la. sebabkan interview tu petang, so pagi tu aku datang keje cam biase (kerja contract as data entry). petang tu aku jalan kaki je ke tempat interview tu sebab dekat je yang opis aku. ouh lupe lak kali ni aku kena panggil dengan AFFIN BANK.

Aku sampai je kat menara AFFIN BANK tu, aku masuk dah ade 2 orang yang dah sampai, dierang bagi cubic test/IQ test, (bile korang dah nak cari keje nanti korang kan get use la dengan test2 pelik ni). Aku frust sebab ade banyak soalan math, and depa tak pesan lak bawak kalkulator dah tak pasal aku pakai kalkulator hp je, frust tol, tapi sebab macam xde time limit aku pun buat je la.

Lepas test tu, aku kena buat essay test lak (terus terang aku cakap, aku just nak datang interview je, ak xsangke lak kena buat test ni bagai) lepas aku buat essay, dierg panggil untuk sit down prepared untuk public speaking (amik ko..before interview kena buat public speaking??? ni la kali pertama aku kena buat public speaking untuk interview) die orang bagi few tajuk, tapi sebabkan aku ni tak berape pakar dalam nak cakap fakta, jadi aku prefer untuk cakap pasal the character of my dream employer (lebih kurang camtu la tajuk Nye).

Mase duduk dengan candidate lain, aku rase cam segan sangat and FYI ni la kali pertama aku pergi interview pakai kemeja (before this aku pakai baju kurung je), so aku cam tak selese sangat dan tak berape konfiden. bile aku masuk bilik interview, aku lagi tambah nervous sebab ni la kali pertama aku di interview dengan 4 orang panel, ramai tu...sumenye staff AFFIN BANK tu and nampak gaye bukang calang-calang orangye cam boss-boss gitu. aku cube cool lagi, lepas tu die orang mintak aku sampai kan public speaking aku. (secare berdiri ye)

secara synopsis Nye camni la :

I am just an ordinary person who had a dream. There is only three qualification of my dream employer. My employer should be the one who really understanding. The good employer should know how to fulfill the need and wants of their worker. For an example, there is a employee who will be motivated in term of money that will be paid to him, so the employer may give that kind of employee the task and promising to paid more to him, on the other hand, they is an employee who thinking that spend more time with family as the motivation to them, so the good employer may offer the extra leave day for this kind of employee. the second qualification is the employer should be religious, the good employer with a religious manner can advice their employee in a proper way. (lepas tu cakap aku mule ke laut)


SOALAN 1 : Tell us about yourself?

JAWAPAN : (jawapan aku same je macam yang sebelum ni.)


SOALAN 2: why you are saying just now during public speaking that you are just an ordinary person when you start your public speaking? because we are here to find an extra-ordinary person...

JAWAPAN : (aku terkedu, then baru jawab)well, for me that thing was just as my quote for grab some attention.

SOALAN 3: Just now you are telling us that you wanted the employer to be a religious? do you really understand the tittle of public speaking given, the employer is the company not your boss, what are you thinking while you draft your idea just now?

JAWAPAN: (time ni aku rase cm kena timpa menara twin tower) well, I imagining that the employer of the company in the small company where the boss is also the employer. (fuhhh...memang macam budak-budak jawapan aku, dah la gagap)


SOALAN 4: Are you not confident with yourself? You are thinking that other candidate in that room was so much better than you? is that what you feel? (panel ni tanye dengan suare keibuan)

JAWAPAN: (aku gelak walaupun, cam nak nangis aku coverkan diri lagi) YES....that is how I feel right now (mase ni aku dah taw aku x akan dapat)


Aku pun bangun and nak keluar dari bilik interview, tapi before keluar disebabkan aku taw aku tak akan dapat aku terus je cakap

 ' Trust me, I'm trying so hard to improve my confident level, and since the Taj Mahal cannot be built in one day, same goes to my confident level'. aku belah je terus lepas tu.


Aku keluar dari bangunan tu, cuace lak hujan renyai, macam paham je perasaan aku, aku kuatkan gak kaki aku balik ke opis, and finally, ak nangis gak, sebab aku rase susah Nye nak dapat kerja and from that moment aku berhenti berharap dengan FSTEP.




Tuesday, June 11, 2013

Windows 8, Penggangur, Kerja Baru

Salam dah hai,
 
Harini ialah hari mengadu sedunia,

Aduan 1:
 
Masa waktu belajar dulu, bila semua orang boleh buat assignment di McD sambil tengok bola, dan dikala orang lain boleh ber'facebook' dan ber'twitter' di atas katil mengunakan laptop (computer riba) , aku hanyalah seorang pelajar ynag terpaksa buat assignment lebih awal di rumah sewa dengan Komputer Meja (PC yang gabak). sabar je la... But then sekarang aku manage untuk beli sendiri laptop aku sendiri dan of cause mestilah I'm proud to say, I buy it by my own money (hasil kerja sementara aku before officially convo). Tapi yang tak bestnye, lappy yang ak beli ni Windows 8 yang pada aku sangatlah susah....korang bayangkan lah, dari window 95' sampai la ke window 7 kite nak tutup tabbing tekan button X yg kat atas belah kanan tu kan, sekarang pakai window 8, nak tutup kena drag mende tu ke bawah...(ni pun aku main agak je nak tutup tabbing tu camtu,hehehehe) nk minimize drag ke kiri or ke kanan. seriously aku sampai sekarang kena bukak youtube study balik cmne nk pakai....tp korang ak rase belajar je la window 8 ni, bukan ape, tkot la one day sume system pakai window 8, kang payah lak kalo xreti pakai.

Aduan 2:
 
Aku kini masih lagi dalam tempoh menganggur, so aktiviti aku kadang-kadang lagi complicated dari orang yang bekerja, ade mase ak rajin gile..tapi kalo dah memanjang asyik suruh aku je buat keje haih.....den pun ade gak mende personal nak buat (ex: main game dan lain-lain)

Aduan 3:
 
Walaupun aku kini masih menganggur, tapi percaya atau tidak, rezeki aku murah kali ni, ak bakal menjawat jawatan tetap di sebuah syarikat, aku memang bersyukur sangat, tp yang ak frust, mase interview ak dah mention expected salary aku, tapi interviewer ni cakap ok je, but then bile HR syarikat tu call cakap aku tak layak dapat that kind of salary, so aku pun agak sob-sob la kan, ak tak kesah pun, dan aku sedar aku bukan la expert sangat (fresh graduate jess) tapi jangan la bagi harapan, kalo dari awal-awal cakap aku punye gaji boleh bagi berapa kan senang?? tapi tak pe its a good start. Dah ini je rezeki aku, aku tadahkan je la....
 
 
p/s: banyak aku nak cerita but nanti la..sekarang senang sikit nak tulis post sebab aku dah ade lappy sendiri \(-0-)/