Pages

Thursday, September 5, 2013

Panduan Mencari Kerja Pertama

setiap hari kita perlu pelajari paling sikit satu perkara. Masa saya baru habis belajar dahulu, saya hilang arah tujuan. Belajar bidang perbankan, tapi bekerja di bank bukanlah minat saya, ada tak yang diluar sana yang belajar sahaja, setakat nak dapat segulung ijazah, tapi tak minat pun (sama la macam kes saya, meh sepp)

Alam pekerjaan juga bukanlah mudah. Sebagai contoh saya,saya idoklah bercite-cite tinggi nak jadi manager atau pun boss, kadang – kadang ada suatu masa saya rasa nak kerja  kerani admin je, masuk pukul 8 balik pukul 5. Best kan? Tapi  gaji tak la besar, tapi saya sanggup janji hidup saya balance. So jangan jadikan saya contoh la, saya contoh tak berapa baik.

Sepatutnya semua orang perlu ada cita-cita yang jelas baru lah boleh maju.  Masa saya lepas belajar dulu, ada kawan-kawan yang berpendapat, lebih baik masuk latihan pengurusan dahulu sebelum masuk ke alam pekerjaan sebenar sebab kita kan belajar dalam erti kata sebenar apa yang kita akan lakukan bile masuk kerja betul-betul. Ada juga yang berpendapat, masuk je kerja terus, nanti ade juga orang ajar kita buat kerja, bila masuk kerja, so kite blaja jugak kan.

Kalau tanya saya, saya rasa kedua2 pendapat ini kurang tepat, sebabnya:

11.  Kalau masuk latihan pengurusan, tapi belajar main-main, paham setakat teori je, dan tidak praktikal, xde maknanya, sebab nanti masuk kerja akan belajar balik, sebab fyi lain company lain system pengendaliannya.

22. Kalau masuk je kerja terus, tapi slow learner memang teruk la jadinya, sebab orang yang akan ajar kita buat kerja adalah akak2 or abang2 opis kita, (apa ko ingat die banyak masa nk ajar kau semua benda). Dan lagi satu kalo kerja kita tahu buat tapi tak faham apa yang kita buat,adalah sangat merugikan.



Kalo nak bercakap tentang panduan memilih kerja pertama:

1. Jangan memilih, maksud saya pilih la yang sederhana, setaraf dengan pengalaman dan pendidikan yang ada pada anda, ingat anda masih baru, kalau ilmu tak peuh di dada, jangan la angankan jawatan tinggi, bermulalah dari bawah, biar akar kita teguh.

     2. Apply kerja yang kita rasa kita mampu buat dan ada minat untuk buat. (contoh:  kalau awak suka menjahit, jangan lah apply untuk kerja memasak padahal kat rumah pun, tak pernah nak masak.

      3.Sebabkan ini kerja pertama, dan kita belum mempunyai kewangan yang kukuh, maka kos perbelanjaan, jarak perjalan dari tempat kerja dengan tempat tinggal, kenderaan yang akan di gunakan, kos makan lunch, keselesaan untuk beribadat di tempat kerja (muslim terutamanya) perlulah diambil kira. Kalau saya, waktu bekerja juga penting, saya tidak kesah kerja shift, asalkan hujung minggu saya tidak diganggu.

      4.Selain itu apabila mahu memohon jawatan di sesebuah syarikat, sila lah siasat latar belakang syarikat terlebih dahulu. Ini penting bagi memastikan kestabilan dan jaminan pekerjaan, kang ada pulak company yang masalah tak mampu nak bayar gaji, payah pula.

      5. Faktor gaji memang menjadi isu besar dalam mendapat pekerjaan, itu tidak dapat dinafikan, ye la kita ni nak cari rezeki kan, tapi persoalan yang perlu kita tanya ialah, setimpalkah gaji yang diberikan dengan dengan kemampuan kita bekerja? Kita ibaratkan kita adalah investor atau employer bagi sesebuah syarikat, mahukah kita menggajikan orang yang integritinya goyah, dan disiplinnya lemah? Kalo saya boleh memberi  pendapat, saya lebih suka kalau saya dibayar setimpal atau selayaknya dengan kemampuan dan pengalaman saya bekerja. Saya akan rase malu bila diberi gaji yang tinggi, tapi kerja tak pandai. Saya pernah diperlihat dengan situasi sebegini. What a shame…


Ok lah esok dah hari jumaat, lepas tu ley berehat dihujung minggu.

No comments:

Post a Comment