Pages

Wednesday, December 18, 2013

Kalau Semua Naik, Apa yang turun?

Saya mengeluh harga barang itu dan ini naik,
Saya post kt FB,
Satu hari saya jadi malu, sebab seorang member tetibe private mesej pulak..

Dia tanye, apa yang buat awak mengeluh?

Saya: harga petrol naik taw, kos transportation pun meningkat...

Dia: ouh tapi kalau awak kurangkan aktiviti merayau/melepak lepas kerja, mesti ley jimat petrol kan?

Saya: hahahaha(die perli aku) ok.... tu ok la fine, tapi kite nak BERSOSIAL jugak,ok lagi satu harga Teh O Ais RM 2.50 ape mende tu?

Dia: Awak Teh o Ais je pun, kt pantry opis awak takde stok teh, gula dan Ais sejuk/Ais ke?

Saya: hehehehe MALAS nak buat...(terkena lagi...ishh), ok tol pulak..tol kenapa nak naik, saya nak travel, kerja sana sini, ade projek, cmne tu? nak balik kampung lagi...

Dia: selame ni pun awak balik kampung setahun sekali je, tu pun kalau awak tak kerja, kalau awak kerja, awak tak balik kampung langsung kan? kalau pasal kerja, tak kan lah opis awak xprovide claim?awak, bile awak nk post pasal keluhan awak kt fb, tweet ke, awak pandang lah tepon awak tu, it cost almost RM 1K kan?? waa..mane awak dapat duit tu?

Saya: alaaaa..tu mase murah la, tepon tak abes byr pun lagi..kite TAK NAK KETINGGALAN ZAMAN.

Dia: Awak pun lepas belajar, terus beli kereta yang 0% downpayment tu kan? Kenapa tak pakai kereta yang sama macam masa awak belajar dulu??

Saya: Kereta lame tu selalu rosak, lagi pun MALU la, kawan-kawan semua dah pakai kereta baru.

Dia: you create your own debt, tanpa awak sedar, awak silap langkah, awak salahkan harga pulak naik, dari titik awal awak tak merancang, bila ekonomi sikit goyah awak mula pincang.

Saya: alaaaa...alaaaa...habis tu dah tak cukup, nak buat macam mane? saya tension taw

Dia: tempat kerja awak, ade meal allowance, awak boleh makan free kat cafe, tapi awk lagi suka makan luar kan? awak boleh naik public transport pergi kerja, bus pun company sediakan, tapi awak lagi prefer bawak kereta kan? awak bising harga itu ini naik, tapi awak mampu pergi jalan2, makan mewah2 waktu hujung minggu awak kan? harga naik pun hujung bulan/hujung tahun bukan main penuh shopping bag awak angkut keluar dari shopping mall kan??

Saya: laaa, yang awak emosi ni dah kenapa? saya nak mengeluh suka hati saya laa...GRRR..
Dia: ~~~~



Masa dia mesej saya, memang la saya marah, dia macam suka/ sokong pulak harga naik, tapi bila saya fikir-fikir balik, she have a good point, implikasi dari kenaikkan harga hanya boleh kita bendung dengan penjimatan, saya bukan la pakar ekonomi, tapi salah satu cara kita nak baik pulih keadaan ni adalah dengan berusaha memperbanyakkan aliran mata wang asing masuk ke negara kita, kita beli barang buatan Malaysia, lepas tu kita promote pulak orang dari negara luar, beli barangan kita ke, tak pun ajak die orang melancong ke Malaysia. Dengan itu secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan dan memperkukuh aliran tunai dalam negara kita. Masa tu kalau kata aliran tunai masuk dengan banyak, jangan2 beras kita dapat free je. 
haaa.kesimpulannya kita mengeluh pasal harga itu dan ini naik sebab: 

1. MALU dengan kawan-kawan kalau kereta tak cantik, rumah tak besar
2. BERSOSIAL dengan melepak di warung-warung
3. MALAS nak masak, buat air
4. TAK NAK KETINGGALAN ZAMAN kalau tepon tak canggih

kalau semua naik, yang turun sebenarnya mentaliti kita yang lagi suka mencari alasan daripada penyelesaian.

No comments:

Post a Comment