Pages

Wednesday, July 17, 2013

Pengalaman Pre-Employment Medical Checkup

Kali pertama saya buat Pre-Employment medical checkup, saya excited sangat sebab inilah kali pertama saya berpeluang untuk pergi ke sebuah hospital swasta yang mewah, saya bukanlah dari keluarga yang senang sangat.

Kali pertama saya melangkah, perkara pertama mestilah kena register dulu kat kaunter yang perkara yang mesti kita bawa ialah 'Guarantee Letter'(GL). Surat ni penting sebab kos untuk buat medical checkup ni bukan murah, lagi la kalau dapat hospital mewah cam saya pergi ni. (saya cakap hospital ni mewah sebab bile masuk hospital ni dah tak rupa hospital dah, dah macam hotel 5 star).

Lepas dah register adalah beberapa ujian yang kita kena buat sebelum jumpe doctor untuk consultation sama ada kita ni fit to work atau tidak.

Antara ujiannya ialah, BMI, ujian penglihatan, ujian warna (untuk make sure kite tak buta warna), ujian tekanan darah, X-tray dan Urine Test (ujian air kencing).

Nak dijadikan cerita saya lepas semua ujian ni kecuali ujian Urine. janganlah pikir saya ni bawah pengaruh dadah ye...saya masih waras lagi untuk sedar keburukan pengambilan dadah, harap maklum.

Masalah pada Urine saya ialah, air kencing saya 'kotor', ini bermaksud kandungan Urine saya dipengaruhi oleh protein (protenuria) dan darah (hematuria).

ok, mari saya kongsi sedikit pengetahuan asas saya mengenai perkara ini.

Kandungan protein dalam air kencing (atau protenuria) adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang kita, ini adalah kerana buah pinggang berfungsi untuk menapis protein dari keluar daripada tubuh kita, dan apabila protein boleh terdapat dalan air kencing ini adalah kurang normal.

Walaubagaimanapun dalam kes saya ia tidaklah serius dan saya fit to work. Manakala kandungan darah dalam air kencing mungkin ada yang terpikir 'ala, mesti minah ni datang bulan...bla..bla..', well, saya bukan tak pikirkan perkara tersebut, but YES ada kemungkinan darah yang terdapat dalam ai kencing kita (wanita/gadis/anak dara) merupakan saki baki dari proses datang bulan and atas nasihat yang saya dapat dari doktor kita digalakkan tunggu lebih kurang a week lepas kita habis datang bulan barulah datang buat medical checkup, to be exact buat urine test. Ini adalah untuk memastikan yang urine kite clean and clear dari bahan yang tidak diundang.


ok selesai dengan penjelasan saya.
Saya nak bercerita pula apa yang terjadi pada saya, setelah mendapat consultation dari doktor, beliau menasihatkan saya ulang balik urine test saya selang seminggu untuk memastikan urine saya bersih dan saya digalakkan minum air masak banyak. Doktor juga menjelaskan kepada saya bahawa beliau tidak dapat menyatakan apa-apa keputusan sama ada saya fit to work atau tidak selagi urine saya masih kotor. Pada masa tu saya tidaklah begitu mengambil serius kerana memikirkan saya baru sahaja lepas datang bulan.

Selang seminggu saya datang lagi ke hospital tersebut, dan seperti yang telah saya dimaklumkan urine test utk kali kedua dan seterusnya akan di biayai oleh saya sendiri kerana syarikat yang mengambil saya bekerja hanya membiayai kos checkup untuk kali pertama sahaja.

Dan keputusannya masih sama, urine saya masih terdapat sedikit protein dan darah. saya mula berasa risau kerana memikirkan yang saya tidak dapat pekerjaan dan turut risau memikirkan keadaan kesihatan saya yang serius dari jangkaan saya dan doktor menasihatkan saya merujuk kepada pakar buah pinggang (nephrologist).

Pada ketika itu, saya hanya dapat membayangkan kos pemeriksaan dan rawatan yang tinggi. Bukan saya tidak mahu berjumpa doktor di hospital kerajaan, tapi saya perlukan keputusan yang cepat, saya cuba pergi ke hospital kerajaan, tapi ia memakan masa 3 bulan untuk berjumpa doktor sahaja, belum lagi tarikh pemeriksaan, rawatan dan sebagainya.

Saya hampir berputus asa, ouhh untuk makluman, saya tidak menghadapi sebarang kompilasi, kesakitan mahupun kepedihan ketika saya nak buang air kecil, so pada saya masa tu, 'well, I xrase sakit, so thats mean I xsakit'.

Jadi untuk menjimatkan kos, saya pergi ke sebuah hospital swasta yang lain selain hospital mewah tadi. saya pergi ke klinik pakar buah pinggang yang minta untuk menjalankan urine test sahaja di hospital tersebut. Bercakap tentang cost, urine test yang saya buat sekitar RM15-RM20, tapi belum termasuk consultation bersama doctor lagi, jumpa doktor pakar sahaja, dah menelan belanja RM180 (sebab saya cakap saya nk result cepat jadi doktor tu bagi rate ni sebab letak under urgent case) tolak campur dengan tax,servcice tax saya dah berabis lebih kurang RM200 di hospital berkenaan.

Keputusan urine test saya ialah, percentage darah dalam urine menunjukkan sedikit pengurangan, dan tiada protein dapat dikesan dalam urine saya. Saya lega. Namun begitu doktor pakar tersebut meminta saya hadir pada keesokkan hari untuk melakukan urine test sekali lagi, blood test, dan ultrasound test.
Saya mula pening, saya baru nak bekerja, duit mane lah ade, kalo harini sahaja kos ujian urine + consultation mencecah RM200, apetah lagi ujian esok hari??. waktu tu berat betul rase kepala ni, tak ada cara lain, sebabkan nak jimat, saya patah balik ke hospital mewah tu, dan maklumkan saya dah buat urine test and there is an improvement less blood and no protein.

Walaubagaimana pun, doktor di hospital mewah tu menjelaskan bahawa urine saya sangat cair dan itulah yang menyebabkan ada kabarangkalian protein tidak nampak dalam urine saya. saya faham tapi saya risau dan apa yang saya fikir masa tu, saya dah nak mati ke?. pada ketika itu, saya mohon untuk melakukan sekali lagi urine test di hospital mewah tersebut kerana saya tak sanggup nak buat ujian-ujian yang diminta oleh doktor pakar sebab saya pasti tinggi kos nye.

Selang beberapa hari saya ke hospital mewah itu untuk melakukan urine test saya, dan saya dapati layanan staff di hospital tersebut tidak semesra kali pertama saya datang, saya dapat merasakan yang mereka menyampah denagn sikap saya yang enggan melakukan ujian ynag diminta oleh doktor pakar. Bukan saya tak mahu, tapi saya tak mampu. Tapi, ye la tak kan saya nak jelaskan pada mereka, mereka bukan faham kesusahan saya. Saya tidak boleh lupe pandangan sinis staff nurse disitu, yang paling saya tidak boleh lupa, selepas saya menerima keputusan urine saya pada hari itu, dan keputusannya sama, urine saya kotor, saya mula pasrah dan memikirkan kalau saya tidak dapat kerja pun tak apalah, bukan rezeki saya, saya berjalan keluar dan terserempak dengan beberapa staff nurse yang pernah entertain saya, saya senyum, mereka pun senyum walaupun tak ikhlas, saya berlalu, saya tidak mahu berpaling kebelakang, tapi entah kenapa saya masih menoleh, dan ketika itu saya nampak mereka bercakap mengenai saya dan tergelak sakan, bukan saya negatif tapi hakikat siap tuding jari kearah saya, tapi saya bersyukur mereka tidak perasan saya nampak, kalau tak mesti mereka malu.

Tapi saya terpikir wajarkah tindakan mereka? Mereka merupakan warga yang bekerja di hospital, mereka patut lebih sensetif dengan keadaan setiap individu yang datang ke hospital, saya tidak mintak lebih, tapi saya ialah individu yang sakit, saya masih muda dan baru ingin memulakan kehidupan bekerjaya tapi saya tahu saya sakit sebelum semua ini bermula. Tidakkah mereka faham perasaan saya? tidakkah mereka faham yang saya terpaka mengeluarkan wang ASB saya yang saya kumpul berdengket-dengket semata-mata untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan?

Saya masih cuba kuat untuk orang sekeliling saya, keluarga saya dan rakan-rakan. saya pergi semula ke hospital swasta dimana saya berjumpe dengan doktor pakar buah pinggang dan saya  menjalani pemeriksaan yang diminta, kalau ikot perkiraan saya jumlah kos pemeriksaan adalah RM1000 (abis duit den).

Dan pengakhirannya melegakan kerana saya didapati fit to work dan masalah buah pinggang saya masih minor yang boleh diubati. 
dan akhirnya saya kembali untuk menyerahkan surat rekomendasi kepada hospital mewah tersebut untuk dihantar kepada majikan saya.

Kesimpulan yang saya boleh buat ialah, sebagai manusia normal, staff nurse/doktor/pihak hospital perlulah lebih sensetif dengan perasaan pesakit (walaupun saya ni sekadar pesakit yang bayar urine test RM20 sahaja) dan mengetahui diri saya berpenyakit, meskipun penyakit ini adalah silent disease, ini adalah lebih menyakitkan apabila pihak anda bersikap saya rasa lebih sesuai untuk saya nyatakan sikap kurang
berperikemanusiaan.

Kesimpulan yang kedua, ye saya juga pernah menjadi golongan yang kurang berminat ataupun senang cerita, malas nak layan orang jual insurance, tapi sekarang saya rasa ini penting sebab manelah tahu anda juga bakal menerima nasib yang sama macam saya, kena pulak silent disease.

Kesimpulan yang ketiga, sokongan keluarga,rakan-rakan adalah amat penting dan sentiasa pasrah dan tawakkal.

Akhir sekali saya diterima bekerja, legaaa, syukur Alhamdulillah.


5 comments:

  1. Salam. Nasihat saya lakukan urine test dan blood test sekurang-kurangnya selang 6 bulan sekali. Selalunya, buah pinggang yang rosak sikit lama-lama akan bertambah. Penyakit ni dikenali sebagai Chronic Kidney Disease, CKD. Cubalah buat blood test untuk check creatine level dalam darah. Memang perkara biasa peringkat awal CKD keputusan ujian urin sering berubah, mengikut berapa banyak air yg kita minum dan berapa banyak protein yg kita makan sebelum buat ujian. Kalau sebelum ujian, kita kurang ambil protein, atau minum banyak air kosong, air kencing kita cair, so dapat keputusan palsu. Jangan sayang duit sebab kesihatan itu tersangat berharga.

    ReplyDelete
  2. memang tak patut nurse2 pandang sinis pada pesakit. Benda yang belum kena pada batang hidung sendiri memang nampak mudah. Kalau saya, saya tak rasa saya boleh bersabar dengan karenah nurse2 tu. memang makan hati la diorang kalau kena bidas dgn saya balik. harap awak dapat bersabar k. insyaallah pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Same here. Hmmm tapi saye still blomjmpe nephrologist. Sbb kewangan juga i hv yo go to GH. hmm. Yang takutnye takut ade masalah serius dekat kidney ni. Sebab hari hari monitor urine still foamy (proteinuria) does not resolve i guess. Hmm

    ReplyDelete
  4. normally kene tunggu brapa lama ya lepas buat medical checkup ? syarikat buat keputusan terima atau x?

    ReplyDelete
  5. Boleh beli urine test di http://aileenwo.com/shop lepas check semua okay baru pergi ke klinik so tak payah ulang alik dan keluar duit banyak-banyak, sebab test ini sama saja dengan apa yang ada di klinik

    ReplyDelete