Pages

Thursday, September 5, 2013

Panduan Mencari Kerja Pertama

setiap hari kita perlu pelajari paling sikit satu perkara. Masa saya baru habis belajar dahulu, saya hilang arah tujuan. Belajar bidang perbankan, tapi bekerja di bank bukanlah minat saya, ada tak yang diluar sana yang belajar sahaja, setakat nak dapat segulung ijazah, tapi tak minat pun (sama la macam kes saya, meh sepp)

Alam pekerjaan juga bukanlah mudah. Sebagai contoh saya,saya idoklah bercite-cite tinggi nak jadi manager atau pun boss, kadang – kadang ada suatu masa saya rasa nak kerja  kerani admin je, masuk pukul 8 balik pukul 5. Best kan? Tapi  gaji tak la besar, tapi saya sanggup janji hidup saya balance. So jangan jadikan saya contoh la, saya contoh tak berapa baik.

Sepatutnya semua orang perlu ada cita-cita yang jelas baru lah boleh maju.  Masa saya lepas belajar dulu, ada kawan-kawan yang berpendapat, lebih baik masuk latihan pengurusan dahulu sebelum masuk ke alam pekerjaan sebenar sebab kita kan belajar dalam erti kata sebenar apa yang kita akan lakukan bile masuk kerja betul-betul. Ada juga yang berpendapat, masuk je kerja terus, nanti ade juga orang ajar kita buat kerja, bila masuk kerja, so kite blaja jugak kan.

Kalau tanya saya, saya rasa kedua2 pendapat ini kurang tepat, sebabnya:

11.  Kalau masuk latihan pengurusan, tapi belajar main-main, paham setakat teori je, dan tidak praktikal, xde maknanya, sebab nanti masuk kerja akan belajar balik, sebab fyi lain company lain system pengendaliannya.

22. Kalau masuk je kerja terus, tapi slow learner memang teruk la jadinya, sebab orang yang akan ajar kita buat kerja adalah akak2 or abang2 opis kita, (apa ko ingat die banyak masa nk ajar kau semua benda). Dan lagi satu kalo kerja kita tahu buat tapi tak faham apa yang kita buat,adalah sangat merugikan.



Kalo nak bercakap tentang panduan memilih kerja pertama:

1. Jangan memilih, maksud saya pilih la yang sederhana, setaraf dengan pengalaman dan pendidikan yang ada pada anda, ingat anda masih baru, kalau ilmu tak peuh di dada, jangan la angankan jawatan tinggi, bermulalah dari bawah, biar akar kita teguh.

     2. Apply kerja yang kita rasa kita mampu buat dan ada minat untuk buat. (contoh:  kalau awak suka menjahit, jangan lah apply untuk kerja memasak padahal kat rumah pun, tak pernah nak masak.

      3.Sebabkan ini kerja pertama, dan kita belum mempunyai kewangan yang kukuh, maka kos perbelanjaan, jarak perjalan dari tempat kerja dengan tempat tinggal, kenderaan yang akan di gunakan, kos makan lunch, keselesaan untuk beribadat di tempat kerja (muslim terutamanya) perlulah diambil kira. Kalau saya, waktu bekerja juga penting, saya tidak kesah kerja shift, asalkan hujung minggu saya tidak diganggu.

      4.Selain itu apabila mahu memohon jawatan di sesebuah syarikat, sila lah siasat latar belakang syarikat terlebih dahulu. Ini penting bagi memastikan kestabilan dan jaminan pekerjaan, kang ada pulak company yang masalah tak mampu nak bayar gaji, payah pula.

      5. Faktor gaji memang menjadi isu besar dalam mendapat pekerjaan, itu tidak dapat dinafikan, ye la kita ni nak cari rezeki kan, tapi persoalan yang perlu kita tanya ialah, setimpalkah gaji yang diberikan dengan dengan kemampuan kita bekerja? Kita ibaratkan kita adalah investor atau employer bagi sesebuah syarikat, mahukah kita menggajikan orang yang integritinya goyah, dan disiplinnya lemah? Kalo saya boleh memberi  pendapat, saya lebih suka kalau saya dibayar setimpal atau selayaknya dengan kemampuan dan pengalaman saya bekerja. Saya akan rase malu bila diberi gaji yang tinggi, tapi kerja tak pandai. Saya pernah diperlihat dengan situasi sebegini. What a shame…


Ok lah esok dah hari jumaat, lepas tu ley berehat dihujung minggu.

Sunday, September 1, 2013

Coretan Buat Adam

Assalamualaikum

Hai Adam, awak sihat??

Adam awak tak perlu tampan atau kacak, asal awak boleh senyum dan tidak garang itu sudah cukup bagi saya. Awak mesti merokok kan? Saya dibesarkan dalam kalangan keluarga yang tidak merokok, tapi saya tak kisah awak merokok, cuma jangan keterlaluan. Saya faham bukan mudah nak berhenti kan??


Adam awak tidak perlu berilmu setinggi ilmuan2 islam tersohor, saya tak minta lebih cukup lah penuh hukum Islam yang lima dan kita saling membimbing antara satu sama lain kan??


Adam kalau  satu masa kita ditakdirkan bertemu, saya mahu awak tahu, saya  nampak kasar,kata-kata saya juga kasar, kalau saya suka, saya lebih suka berdiam diri, tak pandai tunjuk excited, saya tak manja. Saya juga sukar mahu berterus-terang akan perasaan saya, tapi saya tahu awak pandai meramal perasaan saya.
Adam saya harap awak lembut tutur bicara, saya tidak betah ditengking, mungkin saya tidak menangis, tapi hati saya mudah terguris. Kalau adam mahu menegur silap saya, rundinglah dengan cara baik, tunjukkan saya jalan, bukan berikan kekusutan. Bila awak ada masalah, jangan simpan lama-lama, luahkan sahaja pada saya. saya mungkin bukan pasangan yang baik, tapi saya yakin saya sahabat yang baik.


Adam entah mengapa bila saya menaip entry malam ni, saya rasakan awak membaca sambil tersenyum…awak akan cakap saya gila, tapi saya tak kisah, suka hati saya la nak tulis apa..
Adam bila awak kenal saya, saya bukanlah jenis yang boleh dating sana sini, saya drive pun xlancar, jalan pun sesat2, gps pun xreti pakai, data plan pun xsubscribe. Saya lebih suka scroll news feed fb, taip benda-benda yang terlintas dipikiran dalam blog.


Adam kalau awak nak tahu saya baru dapat kerja tetap, Alhamdulillah…gaji tak besar, tapi saya hargai sebab sekarang bukan senang nak dapat kerja kan? Awak kerja mana? Jangan risau saya tak kesah awak kerja apa pun janji stabil dan halal, cukup minum pakai pun dah ok kan?


Adam saya impikan kehidupan yang ceria, saya harap awak kelakar, tapi saya nak bagitahu ea, bukan senang nak buat saya gelak…ouh bile awak merajuk, saya nak bagitahu, saya tak pandai pujuk, biase kalo orang merajuk saya biarkan sahaja.


Adam kalo awak terbaca coretan saya, saya nak awak tahu, saya tak berapa pandai berbual dalam telefon, biasa saya akan cakap pasal hal penting je, jadi kalo nk berbual celoteh panjang, saya prefer thru whatsapp je…lepas tu, saya harap awak jangan la pendiam sangat, yang lebih penting awak boleh terima keluarga saya. ouh nak bagitahu awal-awal mak saya garang. Awak akan nampak mak saya suke marah saya nanti. Tapi saya tak kisah, sebab walaupun saya paling banyak kena marah, saya happy sebab marah kan tanda sayang…


Ok lah adam, saya nak tido dah esok saya kerja, masuk pukul 9 balik pukul 6. Tapi saya biasa masuk pukul 7 balik lepas maghrib. Bukan saya workaholic, tapi saya xde life lepak-lepak dengan kawan-kawan, jadi balik rumah terus tidur. So lebih baik saya balik lambat sikit, ley terus tidur kan, saya datang awal sebab nak elak jammed. Awak jangan risau saya bukan samseng jalan raya, kalo ade orang nk potong saya (driving), saya bagi je, bukan saya nak rushing mane pun, yang paling penting saya selamat.


Adam, kalau Allah mahu pertemukan kita, semoga kita bersedia menggalas bebanan bersama. Terus terang saya katakan saya belum bersedia, belum cukup tabah untuk kita dipertemu, dengan izin allah kalo bukan di dunia harapan saya biarlah disyurga kelak kita bertemu.